assalamua'laikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
salam pemanis pembuka bicara,bersyukur ke hadrat Allah swt atas segala limpah kurniaanNya,masih dapat menikmati kehidupan ini lagi.
kita sudah memasuki fasa bulan rejab 1433 dimana nabi saw berdoa yg bermaksud: Ya Allah,berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban serta sampaikanlah kami kpd ramadhan."
sebagai umat nabi saw,setiap kehidupan kita perlu diniatkan untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata.Setiap kali ketika solat,kita selalu melafazkan ikrar sesungguhnya solahku,ibadah hajiku,hidupku dan matiku hanya semata2 kerana Allah swt.
Itulah ikrar yg selalu kita ucapkan namun berapa banyak yang tunaikan ikrar tersebut selepas solah.Itulah yang perlu kita usahakan untuk menunaikan segala ikrar dan janji yang kita lafazkan dihadapan Allah azzawajalla.
Mulai saat ini,marilah kita sama-sama letakkan dalam hati kita,kita nak lakukan segala bentuk kerja buat kita yg baik hanya kerana Allah swt,bukannya selain Allah swt.Marilah kita sama-sama berjuang melawan kehendak nafsu jahat kita,istiqomah dgn amalan-amalan harian walaupun sedikit dan terus menerus menuntut ilmu dengan tujuan mencari redha Allah serta memerangi kejahilan yang ada dlm diri kita.
Akhirulqalam...berjanji pada diri sendiri,aku ingin berubah ke arah yg lebih baik,insyaAllah..
maher zain-inshaAllah
| Tarabyon.com Maher Zain - 03 - Insha Allah ( Arabic Vers .mp3 | ||
| ||
![]() | Found at bee mp3 search engine | ![]() |
Monday, May 21, 2012
Friday, May 18, 2012
ingin juga berteman...=)
assalamua'laikum wbt...
Salam perjuangan buat teman-teman yang berada diseluruh pelusuk dunia samada mereka yg dah berkeluarga,bekerja dan belajar.Semuanya tengah berjuang mengikut kemampuan masing-masing.
Semalam saya mendengar sebuah khutbah jumaat di masjid Aur telong,bachok Kelantan.Khutbah tersebut menyentuh berkenaan galakan berkahwin kepada golongan muda-mudi yang masih belum berumahtangga(baitulmuslim).Khutbah tersebut amat menyentuh hati saya kerana ia ada kena mengena dengan diri sendiri.hehe..=)
Bagi saya,sifat inginkan pasangan hidup yang halal itu ada dalam diri setiap insan yang mukallaf(Islam,sempurna akal dan sampai umur).Saya tidak terkecuali dalam hal ini,hakikatnya saya inginkan sebuah ikatan perkahwinan disisi syara' dalam menghubungkan dua insan yang berbeza jantina,sifat peribadi dan sebagainya.
Saya mampu lagi bersabar menanti saat sempurnanya ijab dan qabulnya.Barulah bermulanya ikatan yg halal antara seorang lelaki dan seorang wanita.Selagi belum sempurna ikatan tersebut,maka mereka belum halal lagi disisi syara'.
Dalam penantian itu,saya perlu perkuatkan diri dengan MUJAHADAH..banyakkan mencari ILMU,BERAMAL.
kita ini manusia,tak perlu menipu diri sendiri yang kita sangat2 perlukan teman hidup iaitu ZAUJAH(isteri) yang menjadi penyejuk dimata dan penawar dihati...setulus doa yang sering saya bicarakan dengan Allah swt iaitu: "Ya Allah,kurniakan kepadaku isteri yg solehah dan zuriat2 keturunan yg soleh/ah sbg penyejuk dimata dan penenang dihati dan jadikanlah kami pemimpin bg org2 yg bertaqwa."

Friday, May 11, 2012
saya juga pernah sedih dan kecewa
bismillahirahmanirrahim...
subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar...
Saya kembali lagi untuk mencatat sesuatu diruangan blog ini.Ini adalah hasil perkongsian pengalaman saya selama ini dalam menempuhi hidup yang penuh berliku.
Suatu ketika saya juga pernah gagal dalam exam.Masa itu saya menangis dan bersedih hati.saya seolah-olah hilang semangat dan lemah.Saya tak mampu lagi berdiri sebagai seorang yang kuat dan cekal.
Saya pulang ke kampung dengan linangan airmata.Ketika itu saya hanya melayang perasaan sendiri.Saya berjalan menuju ke pantai berhampiran dengan rumah saya.Saya perhatikan sekeliling,saya termenung memikirkan soal diri saya,mengapa perkara ini terjadi pada diriku?
Lalu saya teringat akan ayat al-quran yang saya hafaz..setiap kesusahan yg melanda pasti akan adanya kesenangan selepas itu.saya cukup yakin dengan ayat itu.Dan sekarang saya telah merasainya,alhamdulillah wa syukurillah.
Apa pun yang terjadi dalam hidup ini,kita kena teruskan kehidupan kerana kita ini hamba kpd Allah swt.Kita perlu berusaha menjadi hamba yang terbaik dr segi amalnya,imannya,ilmunya dan akhlaknya.
akhirul qalam...jangan bersedih hati,Allah bersama-sama kita,insyaAllah...=)

Tuesday, May 8, 2012
bertemankan bulan
bismillahirrahmanirrahim...
cahaya bulan purnama menyinari kawasan pantai sri telong bachok kelantan.Aku duk termenung menikmati suasana pantai sambil mengenangkan suka duka dalam meniti hidup ini.Aku kadang-kadang sendirian tanpa teman,kesukaanku menyendiri tanpa gangguan-gangguan yang lain.
semenjak pulang ke kampung,aku banyak menyendiri dan berfikir..mengenangkan perjalanan hidupku dr usia kanak-kanak sampai ke usia sekarang ini.Banyak perubahan yang berlaku di kampungku dr segi fizikal dan sebagainya.Cumanya satu perkara yang belum berubah semenjak aku meninggalkan kampung ini sewaktu ketika dahulu adalah kesungguhan penduduk mencari ilmu agama.Suatu yang amat mengecewakanku adalah kehadiran jamaah ke surau dan masjid..sejak dulu hingga sekarang..masih tetap tak berubah.
lidahku kelu tanpa dapat berkata apa-apa...aku hanya memerhatikan bulan yg bersinar dimalam hari...(bersambung)..=)

Saturday, May 5, 2012
sudah 2 minggu
assalamua'laikum wbt...
Salam pagi ahad yang redup di kawasan kg telong bachok Kelantan.Tengah berfikir apa plan hari ini,menjadi rutin harian bagi syabab addin untuk duk di rumah sahaja.Maklumlah,tiada aktiviti yang dapat disertai semenjak tinggal di kampung ni.Waktu malam,antara maghrib dan ishak biasanya ada program di masjid.Di Masjid terasa terisi hati ini dengan ilmu dan iman.
Saya hanya ingin bercerita pengalaman selama 2 minggu di klinik pergigian pasir puteh.Saya cepat rapat dengan officer-officer lain..skrg ni ada 5 officer wanita dan 2 officer lelaki..saya paling muda sekali dan belum berkahwin,hehe...=)
Bila difikirkan...memang best kerja Doktor Gigi ni.Bila pesakit masuk,kita nak cuba selami masalah mereka dan selesaikannya,insyaAllah.Yang penting,kita bagi jalan penyelesaian kpd mereka dan kita bagi peluang kat mereka untuk memilihnya.Dengan ilmu yang kita ada,jelaskan kepada mereka dan mereka berhak membuat pilihan.
Pesan guru saya,walaupun kita dah bekerja..hari-hari kena baca dan update ILMU kita.Memang,betul..hakikatnya kita ini jahil,Allah swt yang mengurniakan ilmu buat kita..Janganlah sombong dengan ILMU yang kita miliki...
Akhirulqalam...insyaAllah,saya akan sambung lagi dengan pengalaman-pengalaman seterusnya.

Monday, April 30, 2012
Pegawai Pergigian Gred U41
assalamua'laikum wbt...
apa khabar follower blog ana semua..lama sungguh tak menconteng disini,rasanya sudah banyak sarang labah-labah terkumpul disini umpama rumah tak bertuan,=)
Alhamdulillah wa syukurillah,segala pujian hanya layak utk Allah swt,selawat dan salam buat nabi junjungan saw serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.
syukur kpd Allah atas segala limpah kurniaNya saya dapat menghadiri kursus induksi kementerian kesihatan malaysia pada 16-20/4/2012 dengan lancar.Selepas daripada itu,saya ditawarkan bekerja di kelantan,klinik pergigian pasir puteh...terletak kira-kira 20km dr rumah saya.
sebenarnya,saya sangat suka dengan kerja saya ini walaupun 2 kali seminggu sangat sibuk dengan out patient untuk cabutan gigi pada sebelah paginya dan sebelah petangnya pula hanya merawat pesakit yang dah ada temu janji.
Jadual harian tidaklah padat,biasanya akan ke sekolah sekitar pasir puteh untuk memberi khidmat rawatan pergigian kepada pelajar sekolah.
Akhir sekali,semoga Allah swt merahmati kita semua...ameen.
Bagi orang sekitar pasir puteh,marilah melawat ambo nih..=)

Sunday, April 1, 2012
subhanallah...alhamdulillah..=)
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam perjuangan buat semua,sudah lama menyepi dlm ruangan blog ini.Kadang-kadang kurang/kehabisan idea untuk membuat coretan-coretan ringkas disini.Alhamdulillah,hari ni diberi kekuatan oleh Allah swt untuk melakar kata hati disini.
Allah Maha Besar...segala-galanya telah dirancang oleh Allah swt atas setiap hamba-hambaNya.Tak terjangkau difikiran makhluk berkenaan aturan yang Allah telah tetapkan.Selaku hamba,kita perlu berusaha sehabis daya dan upaya.Allah suka kepada orang membuat kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.Kalau belajar kena ikhlas dan bersungguh-sungguh..soal lulus@gagal itu cerita lain,yang penting adanya usaha dan pergantungan hidup pada Allah swt.Kalau bekerja pun kena amanah dan ikhlas.
Hidup kita ini adalah suatu perjalanan menuju negeri akhirat.Dunia ini adalah laluan utk akhirat.Disamping itu kita perlu siapkan bekalan utk ke sana(akhirat).Setiap orang akan menghadapi suatu saat dimana amalannya akan dihitung dihadapan Allah swt.Setiap orang wajib percayai dan yakin sungguh-sungguh.
Hidup ini menuntut kesabaran.Sabar itu merangkumi banyak aspek.Sabar menahan nafsu,sabar berjaga malam menekuni ilmu,sabar dalam melakukan kerja-kerja seharian spt mencari rezeki,sabar dalam menghadapi kerenah manusia,sabar dalam perjuangan di medan tarbiyyah dan dakwah,sabar dalam mendidik ahli keluarga dan sebagainya.Setiap orang mempunyai tahap kesabaran tersendiri.
Hati itu tenang dengan zikrullah,tiada ubat penenang yang lain selain drp ingat pada Allah swt...setiap masa sebutlah subhanallah,mensucikan Allah swt drp sifat-sifat kelemahan yang ada pada makhluk..sebutlah juga alhamdulillah,bersyukur atas segala pemberian Allah swt kepada kita supaya kita tak menjadi hamba yg kufur.
Semoga keberkatan Allah swt senantiasa bersama dengan kita...=)insyaAllah..ameen ya Rabb.

Subscribe to:
Posts (Atom)